This is Liyana's talk

Saturday, May 21, 2011

Logitech

Aku dah kebuntuan nak tulis title apa jadi aku ambik lah nama brand speaker pc aku ni. Kreatif kan aku? Puji lah sikit haha :p Terkejut tak tengok tetibe aku post something? Well, aku tengok banyak blog dah maju, aku rasa dengki pulak haha. Yelah kan, blog aku dah lah 38 followers je ;( Who am i to say? Lol joking, aku tak kisah pon. Lantaklah nak berapa follower kan, tak bawak masuk kubur ponnn.

Sepatutnya lah kann, i suppose to studying right now but tengoklah apa aku buattt... heheheww aku malas lah derr. Kau tak kesian ke kat aku? Hmm, tak pelah kau tak paham. Bajet emo jap r haha ok gedik. Wehh, aku nak edit blog lah! Dah bosan tahap dewa aku tengok corak ni == Dah lah berhabuk, bau bangkai dah aku tengok blog ni. Perghh, baik aku delete je kan. Memang ahh nak edit tapi internet ni dia bergurau senda pulak pada malam hari. Lembap bagai siput nazak gua cakap lu -____- Bikin panas lah. Orang yang aku berharap untuk online tak online pulak. Memang ahh sedih. Kau pergi mana doh satu hari tak nampak kau online? Busy ngan awek lah tu. Tak pe tak pe, aku faham.

Ilapyounikon

Friday, May 20, 2011

hi aku hidup lagi

Lama nya aku tak update blog, aku dah lupa mana jalan nak pegi sini. Ok, lawak. Banyak cite aku nak cite tapi disebabkan banyak sangat aku lupa apa nak cite. *Ciri-ciri orang mati awal hahaha. Kay, bulan 5 tau-tau jelah bulan berperang. Maksud aku exam lah bodoh haha :p Belajar malam sebelum exam memang trademark hidup aku dan aku takkan pernah terdetik pon nak ubah. Lagi 3 hari nak habis exam and yeshh holiday, mama comin' to youuuu. Jap jap, seblum cuti ada hari guru hehe, kitew buat persembahan tauu. Tepuk lah sikit. Tak delah nak gebang sangat, dikir barat je haha apa kau pandang hina? Nak kena rejam? Orang tradisional tau kelas aku ni haha.

Aku kann dah ada crush baru! Baru 3 bulan je aku suka dia tapi kira hebat lah kan? Huahuahaua, kepala kau lahh. Nama dia Nikon bin Dollah, ambik pmr tahun ni, orangnya hensemmm. Kalah bapak aku. Hihi. Aku nak try suka dia for 1 year boleh? Boleh lahh, boleh eh boleh eh? Biarlah kiteww ngada-ngada jap, awakzz ni haha bahasa rempit style apa kann? Unik. Oklah, menyampah pulak cakap pasal dia lama-lama, malu tauu. Haha :p

Aku tak tahu nak story apa lah derr, bosan je kisah hidup aku ni. Bye lahh.

Tuesday, March 15, 2011

Happy birthday to me :p

Thanks all for the wishes. Either in Facebook, phone, face to face and all. I love you. Nah, i give you guys a sandwich. Makanlah :)


Monday, March 14, 2011

Johor

Ni aku nak cakap sikit, sebenarnya aku jadi pergi Johor hehe. Keputusan last minute dikatakan :p Aku nak masukkan gambar, tapi malas dehh. Nanti-nanti lah ye? Hahh, masa aku balik tu kann, aku nampak satu accident lori ni! First time wehh, terbaik je aku cakap. Tapi mengapa aku tak rasa trauma? Sebab aku kuatttt, eleh baru nampak sikit je. Tapi yang best nya, kitaorang tak tahu apa sebab accident ni? Cuma satu lori je yang kena, tayar meletup lah tuu. Orang dalam lori tuu, kau selamat ke haa?

Friday, March 11, 2011

PRAYERS FOR JAPAN

Let's just pray for them.

Thursday, March 10, 2011

Holy day


Yayyyy! *Bermaksud kita akan ber-cutiii! Sorry, aku lama gila tak update kan? Aahh memang lama pon. Periksa lah matchai! Exam ku baik-baik sahaja. Tak terok dan terlalu hebat. Kita hidup perlu bersederhana ya anak-anak. I get 83% for Sejarah. Asyik-asyik markah ni je yang menghadap muka aku. Tahun lepas periksa-periksa yg sebelumnya ada jugak nombor bertuah ni. Ni main nombor ekor, sure beribu aku dapat :p

Korang nak tahuuuu tak? Aku sekarang minat gila main bola. Semua ni aku berterima kasih kepada Zarul, Ikhwan, Khalif, Syed, Haziq yang sudi main dengan aku ngan Nadiah. Walaupun kitorang main pakai baju kurung tapi tetap bestt doh! Main kat belakang kelas menggunakan sebiji bola kertas tapi bila hari khamis je pakai bola yang real. Itu pon Afif yang punya. Hee, lepas cuti jom kita main lagiiii! Apa haa, korang pandang rendah kat aku? Pigidahhhh. Aku power you know, cuma tadi masa turn aku jaga goal, aku tergolek hehehe. Maklumlah, kelas aku licin dan blink-blink. Dehh, jangan gelaklah, at least aku tak nangis, cuma gelak-gelak riang nak bagi cover haha. Segal.


Hahh ada satu cite ni. Gempak. Kitorang merujuk kepada aku, nadiah, attylea dan juga aliya bercadang untuk buat satu business kecil-kecilan. Kecik je tak besar pon. Angan-angan je besar haram kejadah. Jeng jeng, kiotrang buat business jual cupcake je, tak delah hebat mana. Lainlah kalau aku jual insurans kan? Haha bengong. Disebabkan kegawatan ekonomi yang kitorang lalui ni, terpaksalah dengan relanya hati kita kena work out sikit nak dapat duit. Ada suami pon tak de guna, kau pergi cari perempuan lain yaa? Lelaki dayus kau! Haha. Dengan harapan yang setinggi-tinggi atap bumbung rumah aku, haraplah plan ni menjadi. Jangan jadi hot hot chicken pulak ya. Lagi, kalau boleh aku nak business ni tersebar luas sikit. Macam gambar kat bawah ni haa., semua species, alam, jenis manusia, agama dan bangsa pon boleh try beli. Ditanggung halal.

Anjing ni kalau korang nak tahu, kaya sebenarnya. Kau tengok je tuan-tuan dia, duit semua prghh macam air di tanki. Nanti kayalah aku ya hehe eh bukan aku. KITA ORANG ohok ohok :p


Hahh cuba kau tengok, comel kann? Mesti sedap lah aku cakap. Ya aku tahu ini bukan cupcake tapi bila aku punya business dah maju, buatlah kek pula ya aliya? Nanti cuti, aku try lah buat apa yang patut. Oh ya, aku nak buat logo cupcake kitaorang! Theme kami classic vintage ya. Ingat tuu. Lagipon, cuti ni aku tak pergi mana-mana pon. Patutnya, hari ni aku dah pergi Johor tau bercuti. Itu pon kalau abg aku ada, kita pergi Universal Studios kat Singapore. Tapi semua last minute cancel, ayah aku demam terok kot. Ini pon ayah aku dah ponteng kerja 3 hari. Amboih, naughty eh? Haha :p

Cuti ni mungkin aku post banyak sikit. So, nantikan post yang akan datang :)
Good-by, till we meet again